Tuesday, October 28, 2008

Topik Untuk Kongsi Bersama.....

Panduan Miliki AnaK Soleh

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT. Mendidik mereka dari lahir hingga dewasa merupakan tugas utama yang perlu dipikul ibu dan ayah. Jika si anak menjadi insan mulia dan cemerlang, pastinya ia membuktikan kejayaan kedua orang tua mendidiknya mengikut landasan agama Islam. Sekiranya anak membesar sebagai seorang yang bermasalah, sudah tentu ia lahir daripada didikan yang kurang sempurna oleh ibu bapanya. Maka jika mahukan anak-anak anda tergolong dalam golongan insan yang mulia dan cemerlang, asuh dan bimbinglah mereka mengikut ajaran yang terbaik. Garis panduan mendidik anak berikut patut menjadi amalan semua ibu bapa.
Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah perlulah banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan silaturrahim dengan sanak saudara dan menghormati kedua ibu bapa, kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkatan Allah SWT. Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir, insya-ALLAH, hati akan menjadi tenang. Doa-doa untuk mendidik hati dan diri, antaranya seperti berikut:
Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8).Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147).Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).


Perkembangan Anak (0 - 12 Bulan) Cara Selamat Mengendalikan Bayi

Mengendalikan bayi yang baru lahir pastinya begitu sukar untuk wanita yang baru bergelar ibu. Ketika ini bayi tidak dapat mengawal kepala atau ototnya sehingga berusia kira-kira lapan minggu. Jadi, ketika anda cuba memegangnya lakukan dengan cara cermat.
Ikuti panduan bersama NORHASLIZA YUSOFF untuk mengurangkan rasa kekok anda apabila mengangkat dan meletakkan bayi baru lahir. Serta dapatkan juga cara mendukung bayi dengan betul, selain mendukung bayi cara membuai dalam lengan terdapat dua lagi cara yang selamat untuk anda mendukung bayi yang masih kecil. Ikuti panduan yang disediakan di dalam PA&MA edisi November 2008
Kehamilan / Kelahiran25 Simptom Sewaktu Hamil

PENGALAMAN kehamilan merupakan satu pengalaman yang unik. Ia berbeza di antara anak-anak yang kita kandungi, walaupun anak-anak itu hasil daripada ibu bapa yang sama. Dalam melalui kehamilan, janganlah segan bertanya jika mengalami apa-apa masalah. Jika perlu, tanyalah doktor atau jururawat yang bertugas. Jika kurang puas hati, dapatkan pendapat dari klinik antenatal dan pendapat doktor yang lain. Sikap proaktif amat penting dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi sewaktu mengandung. Membaca buku dan artikel kehamilan memang bagus tetapi jangan panik, misalnya jika diserang sakit kepala. Berfikirlah secara rasional. Jika sakit kepala berlaku tanpa simptom-simptom lain dan pemeriksaan tekanan darah adalah normal, puan tidak perlu risau tentang pre-eklampsia.
Namun ada juga kes di mana si ibu yang mengalami sakit kepala sehingga mata kabur, diikuti dengan sakit ulu hati dan muntah, tidak pula datang ke hospital kerana beranggapan ia cuma gastrik atau salah makan. Padahal wanita sebeginilah yang amat disyaki sebagai kes pre-eklampsia. Jika ragu-ragu, langkah terbaik adalah berjumpa doktor walaupun terpaksa mengejutkan suami supaya bangun pada pukul 1 pagi.
Masalah atau simptom yang berlaku ketika seseorang wanita hamil boleh menimbulkan kerisauan. Sering bermain di fikiran, apakah ia normal atau mungkinkah petanda bahaya? Ketahuilah simptom-simptom yang perlu dikenal pasti agar tidak menjejaskan anda dan kandungan jika dibiarkan berterusan bersama INTAN JASTINA JAMALUDDIN.
1. Padangan kaburPandangan mungkin sedikit kabur ketika anda bersenam. Ini menandakan tubuh mengalami dehidrasi. Jadi, minum lebih banyak air untuk menstabilkan kembali jumlah cecair tubuh anda.
2. PendarahanTompokan darah di awal kehamilan adalah perkara biasa. Anda mungkin mengalaminya selepas bersenggama kerana berlakunya perubahan hormon di lapisan sel serviks.
3. Sakit kepalaHal ini disebabkan oleh hormon kehamilan yang “menyerang” saluran darah di otak. Hal yang sama berlaku jika paras gula terlalu rendah dalam darah sehingga menyebabkan anda sakit kepala. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap dapat membantu anda meatasi masalah ini.
Dapatkan artikel penuh "25 simptom sewaktu hamil" di dalam PA&MA edisi Julai

No comments: